Perkhidmatan Hartanah Berkualiti dengan Perunding Berdaftar di Skyprop Real Estate
Membeli rumah adalah salah satu keputusan terbesar dalam hidup. Untuk membantu anda dalam proses yang mungkin rumit ini, kami menyediakan panduan langkah demi langkah yang mudah difahami terutamanya bagi mereka yang membeli rumah pertama kali.
1. Tentukan Kemampuan Kewangan
Sebelum membuat sebarang keputusan, kira kemampuan kewangan anda. Ambil kira semua kos yang terlibat dalam pembelian rumah, termasuk:
Bayaran Tempahan dan Wang Pendahuluan
Yuran Guaman dan Duti Setem
Kos Bulanan Pinjaman
Kos Pemeliharaan: Cukai Tanah, Cukai Pintu, dan Deposit Utiliti
Pastikan anda sudah menyemak pendapatan dan perbelanjaan untuk memudahkan perancangan kewangan.
2. Kenal Pasti Rumah yang Ingin Dibeli
Selepas menentukan bajet, mulakan pencarian rumah idaman anda. Pertimbangkan lokasi yang strategik, dengan akses ke:
Tempat Kerja
Sekolah dan Kemudahan Awam
Pengangkutan Awam
Melawat ekspo hartanah atau berconsult dengan pemaju dan ejen hartanah adalah langkah bijak bagi mendapatkan maklumat terkini tentang rumah baru dan subsale.
3. Buat Permohonan untuk Pinjaman Rumah
Bagi kebanyakan pembeli, mendapatkan pinjaman adalah perlu. Pastikan anda memahami:
Kriteria Kelayakan: Pendapatan, komitmen kewangan, rekod kredit.
Ciri-ciri Pembiayaan: Bandingkan kadar faedah dan terma pinjaman dari pelbagai bank.
Hitung komitmen bulanan dan pastikan anda mampu membayar semula pinjaman.
4. Melantik Peguam Hartanah
Proses pembelian rumah melibatkan pelbagai dokumen perundangan. Peguam hartanah akan membantu anda:
Menguruskan Perjanjian Jual Beli
Meneliti Dokumen Legal seperti Geran, Pinjaman, dan Cukai
Pengalaman peguam akan membantu memudahkan proses dan mengelakkan sebarang masalah.
5. Fahami Perjanjian Jual Beli (SPA)
Dokumen SPA adalah penting dan mesti difahami sepenuhnya sebelum menandatanganinya. Semak butiran berikut:
Nombor Lot, Harga, Saiz Rumah
Pelan Lantai
Jangan ragu untuk mendapatkan nasihat peguam jika ada perkara yang membimbangkan.
6. Fahami Dokumen Perjanjian Pembiayaan Perumahan
Pinjaman perumahan mempunyai syarat dan terma yang perlu diperhatikan:
Jumlah Pinjaman, Kadar Faedah, dan Tempoh Pinjaman Pastikan untuk membaca segala terma sebelum menandatangani dokumen.
7. Lawat Lokasi Rumah Secara Berkala
Jika rumah dalam pembinaan, lawat secara berkala untuk memastikan:
Kemajuan Pembangunan
Ketepatan Spesifikasi
Berhubung dengan pemaju untuk sebarang isu yang timbul.
8. Pindahan Milik Rumah Kepada Anda
Setelah siap, terima semua kunci dan dokumen seperti:
Surat Serahan Kunci
Sijil Perakuan Siap (CCC)
Dokumen ini penting untuk pengesahan pemilikan.
9. Periksa Keadaan Rumah
Setelah mendapatkan kunci, semak keadaan rumah:
Periksa Kerosakan atau Kecacatan
Hak untuk Menuntut Pembaikan dalam Tempoh Tanggungan
Maklumat ini diambil dari SPA dan melindungi hak anda sebagai pembeli.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau bantuan dalam proses pembelian rumah, jangan ragu untuk menghubungi kami. Kami sedia membantu anda!
Ambil langkah pertama menuju rumah impian anda dengan panduan ini! π‘β¨