Perkhidmatan Hartanah Berkualiti dengan Perunding Berdaftar di Skyprop Real Estate
Harga jualan yang betul penting. Semak harga pasaran rumah anda dan pertimbangkan harga pesaing. Pastikan ia kompetitif dan berpatutan.
Kos Guaman: Anda boleh lantik peguam atau tak. Bayaran peguam berbeza-beza
Penalti 'Lock-in Period': Bayaran penalti jika anda jual dalam tempoh tertentu selepas pinjaman diluluskan.
Fi Agensi Hartanah: Biasanya 3.18% daripada harga jualan rumah.
Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT): Bergantung kepada tempoh pegangan hartanah.
Sediakan dokumen seperti :
kad pengenalan
perjanjian jual beli semasa pembelian
geran
penyata pinjaman terkini
bil cukai pintu
bil cukai tanah
bil penyelenggaraan
Dan bil utiliti
Pastikan rumah kelihatan terbaik. Baiki kerosakan, cat rumah, potong rumput, dan ambil gambar yang baik.
Iklankan rumah di platform seperti Mudah.my, Facebook Marketplace, dan Carousell. Sertakan foto berkualiti dan butiran lengkap.
Lakukan saringan awal, buat temujanji pada waktu yang sesuai, dan bantu pembeli merasa selesa.
Pembeli tandatangan surat tawaran dan bayar wang tandajadi. Pastikan terma-terma dalam surat tawaran adalah jelas.
Pembeli akan mohon pinjaman, tandatangan perjanjian jual beli, dan membayar deposit. Proses pindah milik mengambil masa bergantung kepada jenis rumah dan persetujuan bank.
Peguam akan menguruskan proses pindah milik. Pada akhirnya, serahkan kunci kepada pembeli.
Kos tersembunyi bila pembeli markup pinjaman.
Kos tersembunyi dan jangkamasa untuk pemilikan rumah yang belum disempurnakan.
Anda tidak terima semua wang deposit.
Sekiranya anda mengambil peringatan ini dan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan, proses jualan rumah akan menjadi lebih lancar dan berjaya. 🏡🤝💰